Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramalan cuaca signifikan 25 - 31 Dis 2021

Luruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia – CMO

KUCHING, 25 Dis : Pejabat Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MCO dalam kenyataan berkata orang ramai perlu mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.

“Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia berkata berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Dis disebabkan luruan monsun itu. 

Tags: monsoon

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan