Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak perkukuh kawalan pintu masuk – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 25 Dis : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kawalan pintu masuk antarabangsa ke negeri berkenaan.

Ujar Khairy Jamaluddin, sejak 22 Disember lepas, kerajaan negeri telah mewajibkan semua pengembara dari luar negara dikuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa yang pertama di Malaysia.

” Langkah berkenaan dilakukan sebelum pengembara dibenarkan memasuki Sarawak atau meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat satu kes positif COVID-19 varian Omicron yang disyaki penularan tempatan melibatkan seorang lelaki China yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching.

Lelaki berkenaan yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara sejak tiga tahun lepas kini dalam keadaan stabil dan sedang dikuarantinkan di pusat kuarantin dan rawatan di bawah Hospital Umum Sarawak.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pengembara yang tiba di Sarawak juga diwajibkan memiliki keputusan RT-PCR negatif sebelum diberi pelepasan kuarantin . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan