Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 12 April — Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin (kanan) dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) beredar selepas sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di ibu pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 hari ini. —fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lelaki China positif COVID-19 varian Omicron disyaki penularan tempatan di Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Dis : Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan telah mengesan satu kes COVID-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan di Sarawak , semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes merupakan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang telah bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun.

Katanya, kes telah menjalani ujian pada 18 Disember kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

” Keputusan sampel didapati positif dan kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di bawah Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember 2021,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Khairy Jamaluddin memberitahu, sampel telah dihantar ke Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) , Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 23 Disember untuk ujian genomic sequencing dan disahkan positif varian Omicron.

“Kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh tiga tahun ini dan punca jangkitan masih dalam siasatan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching,” katanya.

Ujar Menteri Kesihatan, kes juga telah lengkap divaksinasi dan keadaan pesakit kini stabil manakala dua kontrak rapat iaitu seorang pemandu dan seorang lagi kontrak sosial kini sedang menjalani kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan