Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
HULU LANGAT, 20 Dis -- Penduduk Kampung Sungai Serai bergotong royong membersihkan Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Serai selepas banjir mulai surut ketika tinjauan hari ini. Ramalan cuaca terkini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi, menamatkan amaran cuaca hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dan berita itu pastinya memberi kelegaan buat mangsa banjir. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

210 lokasi terjejas di enam negeri akibat banjir – NADMA

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Dis : Sebanyak 210 lokasi di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah masih terjejas akibat banjir setakat 10 pagi ini.

Pusat Kawalan Operasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi tersebut membabitkan lapan daerah di Selangor, Negeri Sembilan (tiga), Terengganu (dua), Kelantan (tiga), Pahang (lapan) dan Kedah (tiga).

Antara lokasi yang terjejas akibat banjir itu adalah Bera, Jerantut, Maran, Raub, Pekan, Temerloh, di Pahang dan Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat di Selangor.

Rentetan kejadian itu, sebanyak 83 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas membabitkan banjir kilat, banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak.

“Ada laluan yang masih ditutup untuk semua jenis kenderaan dan ada antaranya dibuka untuk kenderaan berat,” kata NADMA dalam kenyataan itu.

SHAH ALAM, 18 Dis — Suasana di Batu 3, Lebuhraya Persekutuan yang telah ditenggelami air sehingga tidak boleh dilalui oleh kenderaan susulan limpahan air dari Sungai Damansara ketika tinjauan foto Bernama pada 18 Disember. – BERNAMA

Antara laluan yang dibuka untuk kenderaan berat ialah Jalan Seri Keledang, Hulu Selangor; Jalan Banting-Semenyih;  Jalan Lubok Kiat-Kubang Kuau, Pasir Mas; Jalan Kampung Paya Petai-Sungai Salan, Jerantut; Jalan Bukit Rangin 3, Kuantan dan Jalan Serengkam, Maran.

Sebanyak 16 laluan dibuka untuk semua jenis kenderaan antaranya di Jalan Benta-Lamir, Jalan Pekan-Batu Balik; Pekan serta Jalan Air Putih, Kemaman.

Sementara itu, paras air di beberapa sungai di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Kelantan mencatatkan tahap bahaya setakat 7 pagi tadi berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Menerusi laman web rasmi Public Infobanjir, tahap bahaya direkodkan di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang, Gombak; Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang; Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), Temerloh.

Selain itu, Sungai Pahang di Water Front, Bera; Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera; Sungai Jengka di Jambatan Kampung Awah, Maran; Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan; Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan