Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Melancong di stesen angkasa lepas, Jutawan Jepun Maezawa kembali ke bumi

TOKYO, 21 Dis: Kapal angkasa Soyuz Rusia yang membawa jutawan Jepun Yusaku Maezawa mendarat di Bumi pada Isnin, lapor Jiji Press.

Beliau seorang daripada dua bukan angkasawan Jepun pertama yang tinggal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Soyuz mendarat di Kazakhstan kira-kira 12.15 tengah hari waktu Jepun (3.15 pagi GMT).

Maezawa, 46, yang kelihatan sihat melambai-lambai sambil tersenyum sebaik keluar dari Soyuz, rakaman langsung dari NASA Television menunjukkan.

Maezawa, pengasas pusat beli-belah fesyen dalam talian Zozo Inc, bersama Yozo Hirano, 36, eksekutif syarikat dan seorang angkasawan Rusia tiba di ISS pada 8 Dis.

“Berada 12 hari di angkasa…masa berlalu dengan pantas. Saya akan pulang ke rumah,” ciap Maezawa di Twitter pada Ahad, sehari sebelum kembali ke Bumi.

Maezawa dan Hirano rakyat Jepun ke-13 dan ke-14 melawat angkasa lepas. Mereka menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat Amerika Syarikat, sebelum itu mereka menerima latihan di kemudahan berhampiran Moscow dan beberapa tempat lain sejak Jun.

Selain itu, Maezawa juga dipilih secara tidak rasmi sebagai penumpang pertama untuk perjalanan mengelilingi Bulan yang dirancang SpaceX pada 2023.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan