Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 900 pegawai, anggota ATM terlibat operasi selamatkan mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 21 Dis : Seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam usaha menyelamat mangsa banjir di negeri-negeri terjejas.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata anggota dan aset ATM digerakkan oleh Tentera Darat yang terlibat dalam Operasi Murni (Op Murni).

Beliau berkata ketika ini, ia sedang memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

“Op Murni ini diaturgerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, penyediaan dan pengagihan makanan, pegawai perhubungan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan telah mengaturgerakkan aset-aset seperti trak, pacuan empat roda, bot tempur serta aset udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia sekiranya diperlukan.

“ATM sentiasa meletakkan anggota dan asetnya pada kesiagaan utama untuk diaturgerakkan ke lokasi-lokasi terjejas di samping membantu pihak berkuasa dan agensi-agensi keselamatan lain yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” beliau menyebut dalam kenyataan pada hari ini.

Affendi berkata ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya bagi membantu pihak berkuasa menyelamatkan mangsa banjir terutamanya usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.

Setakat malam tadi, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan lebih 61,000 orang dengan Pahang dan Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan