Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kurangkan kekangan birokrasi dalam sektor awam bagi mempermudahkan urusan rakyat – Abang Johari

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 21 Dis : Proses permohonan bantuan rakyat perlu dipertimbangkan sebaik mungkin tanpa kekangan birokrasi, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas beliau, fokus utama kerajaan ialah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan mesra rakyat supaya mesej dan bantuan dapat disalurkan secara efektif kepada golongan sasar termasuk mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Tumpuan pemerkasaan sektor awam perlu diberikan dalam usaha mengurangkan kekangan birokrasi demi membantu masyarakat khususnya di kawasan luar bandar.

“Jika dahulu urusan-urusan harian dan mesyuarat hanya boleh dijalankan secara bersemuka, kini kebanyakannya sudah dapat dijalankan di atas talian. Jadi, kita juga perlu mengadaptasi dan menyesuaikan diri dalam norma baharu supaya kita lebih peka dan benar-benar memahami suara rakyat,” katanya.

Beliau turut berkata mana-mana peraturan yang didapati tidak lagi berkesan wajar diteliti semula dan ditambah baik bagi penduduk atau penuntut Tanah Adat Bumiputera (NCR) di bawah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Buat Kali Pertama selepas Kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke- 12 bersama penjawat awam di Kuching, Sarawak, hari ini.

Abang Johari turut menyeru kumpulan anggota sektor awam untuk memperkukuh budaya kerja berintegriti semasa menjalankan tugasan seharian sekaligus meningkatkan produktiviti kerja

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan