Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambil kira pandangan, peranan rakyat dalam laksana projek pembangunan - Awang Tengah

Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli main peranan besar dalam pembangunan Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 20 Dis : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, memberi pujian kepada warga Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli (MUDeNR) di atas komitmen dan kerjasama yang mereka berikan selama 30 tahun beliau berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II.

Menurutnya, kementerian tersebut memainkan peranan yang besar dalam pembangunan Sarawak selain menambah pendapatan negeri demi kemajuannya.

“Kita tidak tahu siapa menteri yang akan memegang tanggungjawab di kementerian ini nanti kerana kabinet belum dibentuk, namun dengan kesempatan ini, saya ingin menzahirkan terima kasih kepada warga MUDeNR ini kerana telah memberi kerjasama yang baik sehingga banyak kejayaan dicapai dalam memastikan Sarawak diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai pengurusan hutan tropika yang mampan dan pemeliharaan biodiversiti menjelang tahun 2030.

“Saya berharap warga ini akan terus dedikasi dalam menjalankan tugas kerana ini sesuatu yang penting untuk memastikan projek yang dirancang berjalan dengan baik serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 dapat dicapai, “ katanya.

Awang Tengah menambah, antara pencapaian dan kejayaan kementerian adalah Projek ‘Urban Renewal’ di bawah Pembangunan Perumahan Rancangan Malaysia Ke-12, dengan 14 buah projek di seluruh Sarawak bernilai RM4.0 bilion, dan Program Ladang Hutan dengan 47 lesen dikeluarkan hingga kini yang merangkumi keluasan 2,137,295 hektar tanah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi Warga MUDeNR.

Turut hadir adalah Setiausaha Tetap MUDeNR, Datu Sr Zaidi Mahdi, dan bekas ADUN Gedong Datuk Naroden Majais.

Pada majlis tersebut, seramai sembilan orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan