Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saya kini wakili seluruh masyarakat Tanjong Datu – Azizul Annuar

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 19 Dis : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan kini mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin pelbagai lapisan masyarakat di kawasan itu.

Susulan kejayaannya mempertahankan kerusi milik Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sabtu lalu, Azizul Annuar berkata, kini beliau bukan lagi pemimpin pemuda sahaja.

” Saya akan melakukan yang terbaik untuk membawa suara penduduk di sini ke Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Menerusi pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu lepas, Azizul Annuar meraih 5,423 undi sekaligus menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jeryin Fauzi yang mengumpul 921 undian.

Dua calon iaitu Cikgu Talib (bebas) mendapat 261 undi dan Goem Pijar dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) meraih 226 undi sekaligus hilang deposit.

Kerusi Tanjong Datu cukup dekat dengan Azizul Annuar apabila bapanya, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem menang kerusi berkenaan dengan majoriti 5,892 undi pada PRN Ke-11.

Selepas kematian bekas Ketua Menteri itu pada 2017, isterinya, Datuk Amar Jamilah Anu pula diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan dan berjaya melakukan dengan meraih majoriti 6,443 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK).

Sementara itu, selepas kemenangannya, Azizul Annuar dilihat turun padang bertemu pengundi pelbagai peringkat di Tanjong Datu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Foto – foto berkenaan turut dikongsi menerusi halaman Facebook Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu Lundu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan