Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas rentung tersepit dalam kemalangan

Warga emas rentung tersepit dalam kemalangan

ByJas

SABAH, 20 Dis : Seorang lelaki warga emas rentung apabila kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Sook-Nabawan pagi tadi. 

Mangsa , Wahab Marjuki, 61 tahun dipercayai tersepit dalam kenderaannya yang terbakar. 

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.31 pagi tadi.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook menghantar tujuh anggota dan pengawainya bersama jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 19 kilometer (km) dari balai. 

“Sebuah kenderaan dan pacuan empat roda yang bertembung mengakibatkan kenderaan terbabit terbakar,” jelas kenyataan itu.

Difahamkan, kebakaran dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba ke tempat kejadian.

“Seorang mangsa lelaki ditemui rentung di dalam kenderaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Pemandu pacuan empat roda iaitu seorang lelaki berumur 31 tahun pula hanya cedera ringan dan dihantar ke hospital. 

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 11.20 pagi dan tamat sepenuhnya kira-kira sembilan minit kemudian.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan