Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Menang PRN Ke-12 Sarawak, Dr Sinang sifatkan kejayaan berpasukan

TEBEDU, 18 Dis: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada menyifatkan kemenangan beliau semalam sebagai usaha berpasukan.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pengundi yang menyokongnya sehingga meraih majoriti sebanyak 3,273 undi.

” Terima kasih kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk saya berkhidmat,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRN Ke-12 Sarawak bagi DUN Tebedu semalam.

Menerusi keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Sinang meraih undi sebanyak 5,082 berbanding pencabar terdekatnya , Raymond Achen dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 1,809 undi.

Tiga lagi calon turut tumbang iaitu Jonathan Lantik Ok (Parti Bumi Kenyalang) yang mendapat 614 undian, Senior William Rade (PKR, 610 undian) dan calon bebas, Roland Bangu yang sekadar menerima 108 undian.

Dr Sinang menggantikan bekas penyandang, Datuk Amar Michael Manyin yang menjadi wakil rakyat di sini sejak 1996.

Tebedu mempunyai 12, 040 pengundi berdaftar dan peratusan yang turun mengundi adalah 69.46 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan