KUCHING, 18 Dis : Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin hampir untuk tewas di kesemua 27 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang berlangsung hari ini.
Setakat ini keputusan membabitkan 80 kerusi DUN yang telah diumumkan menyaksikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang 74 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) menang 4 kerusi dan DAP dengan dua kerusi.
Keputusan terbaharu sebentar tadi bagi kerusi DUN Batang Ai pula menyaksikan calon GPS, Marcolm Lamoh menang kerusi berkenaan.
PKR jika tidak menang sebarang kerusi di Sarawak kali ini dilihat mengulangi pencapaian buruk mereka pada PRN Melaka baru – baru ini. -TVS