Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MIRI, 18 Dis -- Gelagat seorang lelaki, Nikezuandi Idris, 41 yang mengenakan pakaian watak manga atau animasi Jepun popular 'Demon Slayer' menunjuk jarinya yang telah dicalit dakwat selepas menyelesaikan tanggungjawabnya mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Sekolah Kebangsaan Pulau Melayu di sini, hari ini. Nikezuandi yang menetap di kampung Pulau Melayu berdekatan laut china selatan itu datang ke pusat mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.73 Piasau dengan mengayuh basikal lama. Aksi beliau berpakaian demikian dalam cuaca panas, bukan sahaja mencuri perhatian lensa Bernama dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah pengundi lain juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengannya. -- fotoBERNAMA(2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK RASMI : DUN N.23 Bukit Semuja, GPS (1,629), PSB (451)

KUCHING, 18 Dis : Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja memberikan harapan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) apabila calonnya, John Ilus kini sedang selesa mendahului kesemua pencabarnya berdasarkan kiraan undi awal.

Douglas Eliot yang memantau perkembangan kerusi DUN berkenaan melaporkan, John Ilus kini menerima 1,629 undi sambil diekori oleh Elsiy Tingang yang ditampilkan oleh Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Elsiy kini jauh ketinggalan apabila sekadar mendapat 451 undian.

Sementara itu, calon DAP, Brolin Nicholsion turut ketinggalan apabila hanya menerima undian 189 undi diikuti wakil Parti Bumi Kenyalang (PBK), Edward Andrew Luwak yang mendapat123 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan