Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SIBU, 18 Dis — Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak tiba di Terminal Penumpang Sibu dengan menaiki bot dan membawa dua buah peti undi dari pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Rasau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Bawang Assan ketika tinjauan sempena hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 hari ini. Peti undi yang berisi undi dari sejumlah 612 pengundi berdaftar di SK Sungai Rasau dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi DUN Bawang Assan di Dewan Suarah hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK RASMI: GPS pimpin kiraan undi awal di DUN N.21 Tebedu

KUCHING, 18 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang selesa mendahului kiraan undi awal bagi kawasan itu.

Menurut kemaskini wartawan TVS di sana, Douglas Elliot, setakat 4. 40 petang, Dr. Simon telah meraih 2,272 undi, jauh meninggalkan saingan terdekat, Cheyne Kambeng @ Raymond Achen yang mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB) ketinggalan jauh apabila sekadar mendapat 521 undi setakat ini.

Wakil Parti Bumi kenyalang, (PBK) Jonathan Lantik pula menerima 331 undian.

Senior Anak William yang mewakili PKR juga jauh ketinggalan apabila sekadar mengumpul 191 undian ketika ini.

Kesemua yang dinyatakan di atas merupakan keputusan tidak rasmi setakat pukul 4.45 petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan