KUCHING, 18 Dis : Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang turun mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari kini dilaporkan sedang jauh mendahului dua pencabarnya di kerusi berkenaan.
Setakat pukul 4 petang tadi, wartawan TVS, Salasiah Safian melaporkan , Awang Tengah meraih undian sebanyak 1,561 manakala Alias Mail yang membawa cabaran Parti Sarawak Bersatu (PSB) sedang ketinggalan apabila sekadar menerima undian sebanyak 226.
Keputusan ini masih belum disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Teruskan melayari laman web TVS dan semua saluran media sosial serta saluran 122 untuk kemaskini terkini keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak. -TVS