Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas antara pengundi terawal di SK Kampung Teh, Dalat

ByAkma Salleh

MUKAH, 18 Dis : Seorang warga emas yang berkerusi roda antara pengundi awal yang tiba untuk menunaikan tanggungjawabnya di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Teh di sini hari ini.

Dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi wanita itu kelihatan teruja untuk memilih wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini.

Sementara itu, menurut petugas SPR yang ditemui TVS, pusat pengundian di SK Kampung Teh mula dibuka pada pukul 7.30 pagi tadi.

Setakat ini, kira-kira 80 orang yang telah hadir mengundi selain dan proses berlangsung dengan lancar dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan