Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM45 juta untuk bekalan air bersih di Gedong

ByFirdaus Ismail

GEDONG, 16 Dis : Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM45 juta bagi tujuan bekalan air bersih di beberapa kampung di Daerah Gedong, Bahagian Samarahan dalam usaha memastikan semua kawasan di luar bandar dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat. 

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata , antara kawasan yang menerima manfaat itu ialah Kampung Lubok Punggor, Kampung Bangka Semong, Lubok Buntin, Tanjung Sap dan Kampung Benat Hilir.

“… kita sambung bekalan air bersih dari Kuching… Alhamdulillah, hari ini terlaksana apa yang telah kita idamkan di Lubok Punggor,” katanya pada majlis pelancaran bekalan air bersih di Kampung Lubok Punggor di sini hari ini.  

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan memperkasa infrastruktur Internet di kawasan Gedong khususnya di pedalaman bagi memastikan pemerkasaan ekonomi digital dapat dinikmati oleh rakyat di luar bandar. 

Abang Johari turut menegaskan bahawa inisiatif itu bagi memastikan kawasan di luar bandar menerima manfaat kesan limpahan ekonomi digital. 

Beliau berkata kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen memberi isyarat jelas bahawa kerajaan memandang serius kepada aspek pembangunan di Sarawak. 

Katanya pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi pindaan itu adalah bukti agenda pembangunan sentiasa menjadi keutamaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan