Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

75 terbunuh dalam letupan lori tangki di Haiti

ByBernama

ANKARA, 16 Dis : Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh apabila sebuah lori tangki membawa bahan api terbalik dan meletup di Haiti, kata pegawai pada Rabu.

Menurut Agensi Anadolu, laman web HaitiLibre.com sebelum ini melaporkan bahawa berpuluh-puluh mangsa cedera dimasukkan ke hospital selepas letupan yang berlaku lewat Isnin di Cap-Haitien, bandar kedua terbesar Haiti, yang terletak di pantai utara negara itu.

Pegawai berkata siasatan terhadap letupan itu sedang dijalankan.

“Negara mengisytiharkan seluruh wilayah berkabung tiga hari, sebagai mengenang mangsa tragedi  yang menyedihkan seluruh negara Haiti,” Agensi Anadolu memetik ciapan Perdana Menteri Ariel Henry di Twitter.

Pegawai berkata angka kematian mungkin meningkat dan 20 rumah musnah menjadi abu akibat letupan itu. -TVS

Tags: Haiti

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan