Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Senapang patah dan peluru hidup ditemui dalam kereta lelaki maut ditembak polis

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 16 Dis: Polis menemui selaras senapang patah dan beberapa butir peluru hidup dalam kenderaan suspek yang mati ditembak dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Kuching, malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata , siasatan lanjut turut mendapati suspek berusia 24 tahun itu mempunyai 14 rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan curi kenderaan, penyalahgunaan dadah dan penipuan.

“Berhubung kejadian itu, demi menjaga keselamatan dan harta benda orang awam, pihak polis telah melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek dan menyebabkan kenderaan suspek berhenti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum kejadian tembakan yang berlaku kira – kira pukul 7.20 malam itu, suspek telah mengendahkan arahan pihak polis yang meminta dia memberhentikan kereta Proton Saga yang dipandunya untuk pemeriksaan lanjut.

Sebaliknya lelaki itu memecut keretanya sehingga merempuh lima kenderaan lain.

Mengulas lanjut, Aidi berkata, anggotanya melepaskan lima das tembakan keseluruhan dalam usaha untuk memberhentikan kenderaan suspek.

” Anggota polis turut melihat suspek memegang senjata api dan telah melepaskan dua das tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri,” katanya.

Beliau memberitahu, bedah siasat dilakukan di Hospital Umum Sarawak pada hari ini.

Sementara itu, Aidi mengesahkan lima anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang terlibat dalam insiden semalam telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran serta merta.

” Ia bertujuan melancarkan siasatan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan