Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari di Gedong bukti komitmen bawa perubahan besar di luar bandar

KUCHING, 16 Dis : Kehadiran Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini jelas memperlihatkan komitmen beliau untuk membawa perubahan kepada penduduk di kawasan luar bandar. 

Gedong, kira-kira 90 kilometer dari Kuching, kini diiktiraf sebuah daerah penuh yang bakal menikmati penambahbaikan infrastruktur dan pembangunan yang lebih tersusun.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),. Dr Ammar Redza Ahmad Rizal berpandangan Abang Johari mampu membawa perubahan menyeluruh di Gedong berdasarkan kepada prestasi cemerlang beliau dalam membangunkan Sarawak sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak. 

“Kehadiran Abang Johari akan menjanjikan lebih banyak peluang pembangunan untuk masyarakat setempat termasuk penambahbaikan infrastruktur yang akan lebih tersusun di samping peluang-peluang meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian,” katanya kepada Bernama.

Saingan di kerusi DUN Gedong menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Abang Johari, Mohamad Sofian Fariz Sarbini daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Kamal Bujang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Tomson Marcus Ango dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Sementara itu Ketua Kampung Hulu Gedong Busrah Ahmad berkata, pada pengamatan beliau rata-rata penduduk di kawasan ini menyokong penuh Abang Johari sebagai teraju pentadbiran negeri.

Beliau berkata calon-calon lain pula dilihat tidak mempunyai peluang, malah kempen mereka langsung tidak dapat dikesan ramai di kawasan Gedong ini.

Mengulas tentang masa depan kawasan Gedong yang kini sebuah daerah baharu, Busrah berpendapat pengiktirafan itu akan merancakkan lagi pembangunan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan belia di kawasan itu. 

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 lepas, DUN Gedong dimenangi Datuk Mohd Naroden Majais yang bertanding atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 3,365 undi, menewaskan calon Amanah Rapelson Richard Hamit dan calon Bebas Uja Bansi.

Seramai 7,208 pengundi berdaftar di DUN Gedong bakal mengundi pada PRN Sarawak 18 Disember ini.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan