Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Ke -12 Sarawak : Pengundi disaran ikut masa yang dicadangkan SPR

KUCHING, 16 Dis : Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak 18 Disember ini, para pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi satu kenyataan, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, maklumat Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan untuk setiap pengundi boleh disemak menerusi aplikasi MySPR Semak.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang atau waktu yang diwartakan di pusat mengundi masing-masing,” katanya.

Bagaimanapun, pengundi adalah dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan khas pencegahan COVID -19 pada hari mengundi.

Selain itu, para pengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

Pengundi juga dinasihatkan untuk menyimpan kad pengenalan mereka dengan selamat dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing. SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada hari Sabtu ini,” ujarnya lagi.

Seramai 1,213,769 orang pengundi biasa daripada 1,252,014 orang pengundi berdaftar, layak mengundi pada 18 Disember ini.

Manakala seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 orang telah mengundi secara pos. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan