Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Miliki ‘bakakok’ dan peluru hidup, dua lelaki ditahan

MUKAH, 15 Dis : Gelagat mencurigakan dua lelaki bermotosikal yang cuba melarikan diri ketika dihampiri polis gagal apabila mereka berjaya ditahan di Jalan Mukah – Balingian di sini.

Pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua memiliki dua laras senapang patah buatan sendiri dan lapan butir peluru hidup.

Dalam kejadian itu, dua suspek yang berusia 47 dan 34 tahun cuba meloloskan diri daripada pihak polis dalam kejadian di Metading , di sini kira – kira pukul 3.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan, Muhamad Rizal Alias berkata, polis telah merampas kesemua ‘peralatan’ yang dibawa serta satu kelongsong peluru kosong.

Difahamkan suspek pertama mendakwa bahawa senapang tersebut telah dibelinya dengan harga RM1,500 sejak 12 tahun lalu dan digunakan untuk tujuan berburu.

Manakala seorang lagi suspek mengatakan senjata api yang dirampas daripadanya merupakan milik mendiang bapanya.

Muhammad Rizal memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. -TVS

Tags: polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan