Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nicholas Kudi arif tentang keperluan pengundi di DUN Baleh – Snowdan

BySteward Dawi


KAPIT, 16 Dis: Pengalaman lebih enam tahun dalam bidang politik diyakini dapat membantu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai, menggalas tanggungjawab jika beliau dipilih untuk menjadi wakil rakyat, demikian tegas Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Snowdan Lawan.

Beliau percaya rakyat Baleh mahu melihat Nicholas meneruskan pembangunan di sana dan melaksanakan banyak perancangan yang telah dibuat oleh mendiang Tan Sri Dr James Jemut Masing untuk menyediakan dan menambah-baik kemudahan sedia ada di DUN tersebut.

 “Perkara dan impian ini hanya boleh dicapai melalui Nicholas Kudi yang akan meneruskan perancangan yang telah dibuat ini.

“Kehilangan mendiang Tan Sri masih lagi terasa di DUN Baleh dan selama 30 tahun, Baleh telah banyak membangun hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita TVS selepas menjadi tetamu dalam program berkempen secara fizikal di Rumah Panjang Tani Kudi di Tunoh, Bukit Mabong, baru-baru ini.

Snowdan menjelaskan, keputusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memilih Nicholas Kudi sebagai calon GPS di DUN Baleh sangat tepat. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan