Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Undi awal di kem askar Sibu ‘meriah’, lebih 2,000 anggota laksana tanggungjawab

Oleh Amira Varkisa

SIBU, 14 Dis : Pada kebiasaannya pemandangan di pusat undi awal kelihatan lengang namun suasana berbeza dilihat di Kem RASKOM, Batu 10 di sini hari ini.

Ini kerana sekitar 2,080 pengundi yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan mereka keluar menunaikan tanggungjawab masing – masing.

Di sebalik suasana ‘sesak’ itu, tinjauan TVS mendapati, prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan pihak berkuasa untuk mengawal penularan wabak COVID-19 tetapi dipatuhi.

Sementara itu, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) , kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka , Dr. Annuar Rapaee turun padang untuk meninjau keadaan proses pengundian awal di pusat berkenaan berpuas hati.

” Di sini, terdapat dua pusat undi awal iaitu di Kem Batu 14 dan di Kem Raskom .

“Saya difahamkan bahawa pengurusan telah mengarahkan anggota supaya turun mengundi mengikut jabatan atau unit masing-masing , secara kebetulan mungkin unit – unit ini mempunyai ramai anggota yang ramai, jadi kelihatan sedikit sesak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan