Betong , 14 Dis : Proses mengundi awal bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban yang berlangsung di Dewan Serbaguna , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong difahamkan tamat lebih awal iaitu pada pukul 12 tengah hari.
Berdasarkan tinjauan TVS di sini , proses undian awal ini berjalan lancar sebaik sahaja bermula pada pukul 8 pagi tadi dengan lebih 20 orang anggota polis yang bertugas di sini dilihat bersedia untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.
Sementara itu, bagi proses undi awal DUN Layar pula, ia turut dilangsungkan di IPD Betong iaitu ruang A, Dewan Serbaguna namun masanya lebih panjang iaitu sehingga pukul 5 petang.
Terdahulu, dewan ini dibuka seawal jam 7 pagi bagi proses sanitasi oleh kira-kira tujuh orang pegawai dari Jabatan Kesihatan Awam Betong bagi memastikan ruang atau tempat mengundi selamat untuk digunakan. -TVS