DALAT, 14 Dis : Proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dalat menyaksikan seramai 63 anggota polis layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak kali ini.
Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan (DSP) Saga Chunggat, setakat jam 10 pagi, kira-kira 70 peratus anggota yang telah turun mengundi.
” Proses undian awal di IPD ini berjalan dengan lancar serta pematuhan tinggi kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada TVS di sini hari ini.
Proses pengundian awal turut disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) . -TVS