Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih RM50 juta perbelanjaan pembangunan di Serembu

ByOdleen Catherny

BAU, 13 Dis : Lebih RM50 juta dibelanjakan untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu.

Menurut calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Serembu, Miro Simuh, sepanjang lima tahun perkhidmatannya sebagai wakil rakyat di sini, peruntukan dari kerajaan negeri telah diguna pakai sebaik mungkin demi kesejahteraan penduduk.

Ujar Miro, antaranya projek – projek berkenaan yang dilaksanakan di bawah Transformasi Luar Bandar (RTP) , sebanyak RM25 juta untuk baik pulih rumah dan projek pertanian.

“Ini masih belum cukup. Kita masih perlu untuk menambah baik dari semasa ke semasa sekaligus memastikan pembangunan berterusan.

“Tapi kalau DUN ini jatuh ke tangan pihak pembangkang, sudah pasti peruntukan seperti sebelum ini tidak wujud untuk kita membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Penutupan Program Promosi Keusahawanan Pembuatan Kuih Muih di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau juga sudah sedia maklum bahawa isu rangkaian internet di kawasannya masih rendah dan itu merupakan masalah utama yang perlu diselesaikannya sebaik menerima mandat rakyat.

Jelasnya, menara-menara telekomunikasi dan pencawang di kawasan itu telah banyak dibina namun masalahnya kini terpulang kepada pihak syarikat telekomunikasi.

“Ini sebenarnya berada di luar kawalan kita tetapi mungkin pihak berwajib seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) boleh mendesak mereka untuk memasang peralatan di menara yang telah disediakan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan