Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semakin banyak bantu rakyat, semakin banyak ‘rezeki’ Sarawak dapat – Abang Johari

SIBU, 13 Dis : Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau percaya dasar kerajaan negeri yang membantu rakyat negeri ini membolehkan Sarawak mendapat ‘rezeki’ yang lebih.

Ujar Abang Johari, sebagai contoh, Kerajaan Sarawak memperuntukan RM20 juta setahun untuk membantu membayar deposit kepada pembeli rumah di negeri ini dengan jumlah yang diberikan ialah RM10,000.

Katanya, setiap tahun, sekitar 2,000 unit rumah yang berharga dalam lingkungan RM90,000 dibina di seluruh Sarawak bagi membolehkan rakyat negeri ini mencapai impian memiliki kediaman sendiri.

” Saya faham, orang muda berumur 29 atau 30 tahun yang baharu berkahwin mungkin tidak mempunyai simpanan untuk bayar deposit rumah terutamanya bagi kategori M40 dan B40, jadi inilah yang kita (kerajaan negeri) bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Projek Perumahan Spektra Permata Kemunyang di Sibu di sini hari ini.

Berhubung ‘rezeki’ yang diperolehi Sarawak kerana membantu rakyat, Abang Johari menarik perhatian kepada pengumuman Petroliam Nasional Bhd (Petronas) baru – baru ini berkenaan penemuan gas dari telaga penerokaan Nangka-1 di Blok SK417.

Ia terletak di perairan cetek Wilayah Baram kira-kira 180 kilometer (km) dari pantai Sarawak.

” Kita tolong rakyat, rezeki tambah. Bulan lepas, Petronas umum temu (jumpa) gas, ada gas baharu yang ditemui, maka adalah hasil kita daripada cukai,” katanya.

Menurutnya , cukai yang diperolehi itu akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

Seterusnya Abang Johari berkata, Sarawak juga dijangka mendapat hasil setelah Petronas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk meningkatkan bekalan gas asli ke Sarawak secara berperingkat sehingga 1,200 juta kaki padu standard sehari (mmscf/d) menjelang 2030.

” Ini akan meningkatkan industri petrokimia di Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan