Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cerita rakyat mampu menjulang nama Sarawak di mata dunia

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 13 Dis : Kejayaan pementasan teater muzikal Putri Santubong : The Warrior Princess membuktikan kisah rakyat dan cerita lagenda Sarawak mampu untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pementasan selama dua malam itu yang dipersembahkan dengan penuh gemilang memberikannya pengalaman yang amat bermakna buat dirinya selaku anak jati Sarawak.

“Jika dilihat, Sarawak mampu setanding dengan negara maju dalam industri seni kreatif dan peranannya untuk mempromosikan produk-produk pelancongan.

Datuk Seri Nancy Shukri pada sidang media selepas hadir menyaksikan pementasan teater muzikal Putri Santubong: The Warrior Princess di Kampung Budaya, Sarawak semalam.

“Kampung Budaya Sarawak terdiri daripada pelbagai rumah etnik dan kaum di Sarawak yang masing-masing mampu memberikan ilham menghasilkan cerita rakyat yang ada di setiap negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir menonton pementasan teater muzikal Putri Santubong:The Warrior Princess di Kampung Budaya yang berlangsung pada 11 dan 12 Disember lalu.

Putri Santubong : The Warrior Princess mengisahkan perubahan dalam peradaban kehidupan manusia di bumi yang digalur atur oleh kegemilangan seorang Ratu Sarawak dari kayangan iaitu Putri Santubong.

Pementasan ini adalah usaha untuk membuka dimensi yang berbeza dari persepsi masyarakat terhadap Putri Santubong sebagai Puteri Pahlawan dan bukannya kisah dongeng yang diterima oleh dua puteri yang memperjuangkan keagungan kecantikan dan kecintaan mereka kepada sang putera.

Selain Maya Karin, teater ini turut membariskan Azrel Ismail sebagai Kijang Mas, Sofi Jikan (Iswaraja), Anding Indrawani (Datuk Nakhoda) dan Dewi Liana Seriestha (Putri Sejinjang).

Mengulas lanjut, Nancy berkata, beliau turut mengalukan-alukan penglibatan pemain sektor industri seni kreatif dalam menampilkan keistimewaan selain merancakkan kembali industri pelancongan yang terjejas ekoran COVID-19.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak , Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata , pihak kementeriannya telah memperuntukkan geran dan bantuan bagi melaksanakan usaha menjadikan cerita rakyat sebagai penjana sumber pendapatan. -TVS



TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan