Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

61 orang hilang tempat berteduh, dua blok kuarters pekerja kelab golf sibu musnah terbakar

Gambar kredit Facebook Termizi Zolpata

SIBU, 13 Dis : Seramai 61 penghuni kehilangan tempat berteduh selepas dua blok kuarters pekerja Kelab Golf Sibu (KGS) musnah dalam kebakaran di Batu 10, Jalan Kemuyang dekat sini lewat petang semalam.

Seorang mangsa, Harani Jairi, 48, berkata, dia yang baharu pulang dari tempat kerja terpinga-pinga apabila melihat api sudah marak ketika sampai di depan rumahnya sekitar pukul 7 petang.

” Saya tidak dapat berbuat apa – apa , cuma mampu berteriak meminta supaya penghuni yang lain keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Harani berkata, kesemua barangan dalam rumahnya juga tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya, Penguasa Bomba Kanan, Pandi Seh berkata, usaha memadam kebakaran sepenuhnya mengambil masa lebih empat jam dan hanya tamat pada pukul 11.50 malam.

” Sejurus menerima panggilan kecemasaran, BBP Sibujaya mengarahkan 15 orang anggota ke tempat kejadian yang terletak kira – kira 12 kilometer (km) dari balai dan tiba pada pukul 7.27 petang,” katanya.

Pandi memberitahu, api dapat dikawal pada pukul 8.04 malam dan pihaknya menggunakan satu hos sepanjang 300 kaki dalam operasi berkenaan.

Operasi memadam kebakaran juga dibantu oleh 13 orang anggota bantuan dari Balai Sungai Merah.

Difahamkan kebakaran dipercayai bermula dari sebuah unit kuarters yang terletak di bahagian hujung sebelum merebak dengan cepat dan seterusnya memusnahkan dua blok rumah teres pekerja itu.

Menurut Pandi, punca kebakaran belum dikenal pasti dan pasukan forensik bomba dari Zon 4 Sibu akan membuat siasatan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan