Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Remaja berusia 16 dan 17 tahun ditahan bersama ganja di Jalan Haji Taha

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 12 Dis : Dua remaja masing – masing berumur 16 dan 17 tahun ditahan polis kerana memiliki dadah dalam sekatan jalan raya di pusat bandar malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, kedua – dua suspek ditahan kira – kira pukul 8.15 malam tadi di Jalan Haji Taha.

“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap beg galas milik salah seorang suspek telah menemukan satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi daun kering disyaki ganja,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, ganja yang dirampas itu dianggarkan seberat 21.56 gram.

“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati mereka berdua positif dadah jenis Amphetamine,” katanya.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seskyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

Tags: dadah, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan