Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mukah perlukan taman rekreasi untuk keluarga

MUKAH, 12 Dis : Tidak seperti kawasan-kawasan lain, Mukah sememangnya masih memerlukan pembangunan, khusus buat generasi muda dan juga untuk sektor pelancongan.

Menurut Arissa , penduduk di Kampung Kuala Lama, taman riadah dan pusat membeli belah diperlukan supaya mereka tidak perlu pergi ke bandar lain semata-mata untuk membeli barang keperluan atau bercuti bersama keluarga.

“Di sini, masih kurang tempat-tempat rekreasi untuk seisi keluarga. Contohnya kalau kita lihat di Bintulu terdapat Taman Tumbina yang seperti zoo mini dan ini boleh menarik pengunjung tempatan untuk datang ke kawasan tersebut.

“Selain itu, saya sendiri sebagai belia merasakan pusat membeli belah seperti yang ada di bandar-bandar besar juga perlu ada di Mukah supaya penduduk di kawasan ini tidak perlu ke luar bandar semata-mata untuk membeli barang keperluan.

“Di sini, hanya terdapat satu sahaja pusat membeli belah , penduduk dari luar Mukah seperti dari Dalat dan lain-lain lagi menjadikan pusat membeli belah ini sebagai satu tumpuan.

“Tetapi, ini juga melibatkan perjalanan masa yang panjang,” katanya kepada TVS di sini baru – baru ini.

Senada dengan Arissa, Rasyidah Harun turut menyuarakan pandangan yang sama.

Menurutnya, tempat-tempat sebegini mampu untuk menarik jumlah pengunjung tempatan dan pengunjung luar di samping Mukah mengetengahkan warisannya kepada orang ramai.

“Mungkin apa yang ada di Mukah, tidak ada di tempat lain, seperti warisan dan budaya kami yang boleh ditonjolkan kepada orang luar.

“Dengan adanya pembangunan yang mampan ini, saya yakin ia juga boleh membantu menarik tumpuan dari sektor pelancongan dan memajukan lagi Mukah,” katanya.

Manakala bagi Fazree pula, ‘port’ lepak buat golongan muda di sini masih kurang.

“Orang muda, kadang-kadang mereka bosan dan mencari tempat sesuai untuk melepak.

“ Malah ada orang dari luar Mukah yang datang ke sini dan bertanyakan kepada kami di mana lokasi menarik untuk makan atau meluangkan masa bersama rakan di Mukah ini,” katanya.

Sementara itu , menurut Ameng, remaja dan belia di sini terdedah kepada bahaya kerana mereka hanya mampu meluangkan masa untuk bermain dan membuat aktiviti kegemaran seperti bermain ‘skateboard’ di belakang kedai-kedai terbiar.

“Kita di sini belum ada lagi tempat khusus untuk bermain ‘skateboard’.

“Selain itu, seperti saya sendiri, saya minat untuk bermain RC (remote control) atau alat kawalan jauh. Jadi hobi kami ini kebiasaannya akan dilakukan di pantai kerana tiada litar yang khusus,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan