Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebersihan sungai harus dijaga untuk pastikan kesinambungan rezeki

Spaoh , 10 Dis : Kebersihan sungai yang menjadi punca rezeki buat penduduk setempat harus dijaga, kata Timbalan Ketua Menteri,  Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menyeru masyarakat di sini supaya memainkan peranan memelihara kebersihan sungai bagi memasyikan kesinambungan punca rezeki dan pendapatan.

Katanya, kempen kesedaran berterusan perlu dijalankan  bagi memastikan masyarakat cakna dan peka untuk menjaga kebersihan sungai.

“Di depan kita Sungai Paku yang ada bermacam sumber rezeki dari ikan, udang, ketam sehinggalah ke buaya.

“Dahulu ia menjadi punca pendapatan kepada rakyat, kepada nelayan-nelayan..tapi sekarang ianya berkurangan sedikit kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya yang ditemui selepas menghadiri program kesedaran keselamatan dan kesedaran sungai di Waterfront Spaoh, Betong.

Berpuas hati dengan kebersihan di kawasan tersebut, beliau menekankan Waterfront Spaoh yang menjadi lokasi tumpuan penduduk sekitar perlu sentiasa bersih dan terjaga.

“Dengan kecantikan di tepi sungai ia secara tidak langsung akan menyedarkan rakyat , kepentingan peranan masing -masing dalam memelihara  keindahan alam sekitar,” tambahnha lagi.

Terdahulu Uggah turut merasmikan program melepaskan anak dan benih ikan di kawasan Spaoh, Betong.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan