Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek jambatan Batang Igan ikut jadual, siap 2024 – KKR

KUCHING, 10 Dis : Projek Jambatan Batang Igan bernilai RM285 juta yang menghubungkan rangkaian jalan pesisir pantai Sarawak kini dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada 2024, menurut Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan hari ini.

Projek itu pada mulanya diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak meneruskannya; dan kini ia diambil alih dan dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.

Menurut KKR projek itu tidak pernah ditangguhkan, dan ia sepatutnya bermula pada 2018, namun apabila berlaku perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 projek itu tidak diteruskan oleh PH.

“Malah PH turut membatalkan dua lagi projek jambatan utama di pesisir Sarawak iaitu Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Rambungan.

“Pembinaan kedua-dua jambatan itu juga diteruskan oleh kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut, KKR memaklumkan Projek Jambatan Batang Igan telah diluluskan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE) pada 23 Feb 2016 dan kerja-kerja awalan termasuk reka bentuk telah siap pada 2016.

“Malangnya projek berkenaan telah diputuskan untuk ditangguh oleh Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan PH pada 3 Ogos 2018.

“Pada awal 2019, kerajaan PH memutuskan untuk tidak meneruskan projek tiga jambatan iaitu Jambatan Batang Igan, Batang Lupar dan Rambungan yang kemudiannya diambil alih pelaksanaannya oleh Kerajaan Negeri,” menurut KKR.

Pengambilalihan perojek berkenaan oleh kerajaan negeri Sarawak adalah untuk memastikan rakyat pesisir Sarawak tidak terpinggir daripada arus perdana pembangunan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan