Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak perkasa kaum wanita jadi pemimpin

ByFebbright James

KUCHING, 12 Dis: Kerajaan Sarawak telah meletakkan asas yang kukuh dalam memperkasa kaum wanita sehingga mereka berupaya berada di tahap yang lebih tinggi dalam kepimpinan Sarawak berbanding sebelum ini.

Menurut Ahli Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, sejak dahulu lagi kaum Wanita sudah mula menunjukkan keupayaan untuk bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan Sarawak.

“Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan Wanita dalam pembangunan dan juga sudut kepimpinan, buktinya salah satu agenda dalam manisfesto parti kita (Gabungan Parti Sarawak) untuk pilihan raya negeri untuk memperkasakan pembangunan wanita menerusi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Sarawak.

“Banyak program keusahawan, membimbing Wanita dari sudut kepimpinan dan program berkaitan rumah tangga,” katanya ketika ditemubual pemberita TVS di Pusat Khidmat DUN N7 Samariang.

Ujarnya, penglibatan wanita dalam kepimpinan semakin diiktiraf apabila rama Wanita kini menjadi ketua-ketua di peringkat tertinggi.

“Kerajaan kini telah melibatkan wanita dalam kepimpinan dengan melantik mereka menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ahli Parlimen, Senator, Ketua Masyarakat dan Setiausaha Politik.

“Wanita sememangnya boleh menjadi pemimpin sekiranya memiliki kapasiti intelektual yang baik. Kalau kita lihat 60 peratus pelajar Univerisiti terdiri daripada golongan wanita.

“Oleh itu, ilmu, kekuatan, semangat dan komitmen itu penting sebagai asas dalam kepimpinan untuk melihat visi dan misi.

“Selain itu, wanita memiliki sifat kelembutan dan dalam masa yang sama memiliki ketegasan sekaligus dapat menjadikan mereka pemimpin yang baik,” tambahnya.

Tambahnya lagi, antara inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan dalam memartabat peranan wanita adalah Melahirkan lebih 210 wanita dengan kemahiran kepimpinan melalui Program Sarawak Women in Leadership and Decision Making sejak tahun 2019 dan Meluluskan Geran Usahawan Wanita sebanyak RM3.5 juta yang telah memberi manfaat kepada 1,299 usahawan wanita memulakan atau meningkatkan perniagaan mereka sejak tahun 2018.

Selain itu, Sharifah yang juga Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang terpaksa akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang hanya membenarkan kempen secara atas talian untuk kawasan yang mempunyai liputan 4G tinggi termasuk kawasannya.

“Walau bagaimanapun, saya rasa bersyukur kerana kempen secara ‘online’ yang kami usahakan berjalan dengan lancar dan jentera saya akan terus mempergiatkan lagi aktiviti berkempen secara atas talian menerusi pelbagai saluran,” tambahnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan