Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat hiburan ‘underground’ di Sibu diserbu dan diarahkan tutup

SIBU, 9 Dis : Seramai 18 individu yang sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan underground terkejut apabila premis berkenaan diserbu oleh polis.

Dalam operasi kira – kira pukul 12.15 pagi semalam, pusat hiburan yang terletak di Jalan Lau King Howe itu turut didapati beroperasi secara haram dan diarahkan ditutup oleh pihak berkuasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu yang melakukan operasi berkenaan turut menahan kesemua pengunjung.

Polis menggeledah sebuah pusat hiburan ‘tersembunyi’ yang diserbu di Sibu awal pagi semalam.

“Premis berkenaan terletak di bangunan rumah kedai tiga tingkat itu telah diubahsuai menjadi pusat hiburan yang dilengkapi dengan set karaoke, meja, lampu neon dan turut menghidangkan minuman keras kepada pengunjung,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Collin memberitahu, polis turut menahan penjaga premis yang berusia 24 tahun selepas dia gagal menunjukkan lesen operasi pusat hiburan yang sah daripada Majlis Perbandaran Sibu.

“Seramai 18 pelanggan termasuk lima orang wanita yang berusia antara 17 hingga 42 tahun turut ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan