Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Borneo Jazz

Isu belia tidak dipinggirkan – Abdul Karim

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Dis : Aspirasi belia di Asajaya, khasnya di Kampung Beliong akan menjadi salah satu tumpuan utama oleh calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berkata, sehubungan itu keperluan golongan belia di kawasan berkenaan tidak akan dipinggirkan dan isu yang membelenggu mereka akan diselesaikan.

Katanya, di kawasan berkenaan ketika ini timbul satu isu iaitu pembinaan bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Beliong yang ‘memasuki’ kawasan padang bola sepak yang kini sedang diselesaikan olehnya.

“Ini kerana kita mahu menyediakan kemudahan beriadah untuk belia di setiap kampung di Asajaya,” katanya.

Menurut Abdul Karim, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Kaum dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengenal pasti tapak baharu yang sesuai dijadikan padang bola.

” Kalau boleh saya mahu setiap kampung perlu mempunyai padang masing – masing,” katanya.

Katanya, berdasarkan tinjauan, setakat ini pihaknya sudah mengenal pasti tapak baharu untuk dibina padang bola.

Mengulas mengenai masalah feri di kampung berkenaan, Abdul Karim memberitahu, beliau telah membuat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mempercepatkan pembinaan jalan raya.

“Justeru, jalan raya perlu dibangunkan dalam kawasan Beliong hingga ke Beradik kerana sekiranya perkhidmatan feri disediakan, kenderaan yang menyeberanginya tanpa wujudnya jalan raya yang elok, tidak akan membantu menyelesaikan masalah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan