Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dr. Sim lancarkan manifesto untuk Batu Kawah

ByIsma Haziq

KUCHING, 9 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian melancarkan manifestonya bertemakan Demi Kestabilan , Kemakmuran dan Kegemilangan hari ini.

Memberi fokus untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di DUN berkenaan, Kui Hian berkata, beliau menggariskan empat perkara utama yang mahu dilaksanakannya.

Ujar beliau, perkara pertama ialah untuk melindungi rumah, pendidikan dan nilai dengan menyediakan rumah mampu untuk golongan B40 dan berpendapatan rendah di bawah kategori M40.

“Menerusinya , bantuan kewangan dan deposit akan diturunkan bagi mengurangkan beban semasa pembelian rumah.

Di bawah teras ini juga, Bantuan Pendidikan Sarawak merangkumi kewangan dan bukan kewangan juga akan disalurkan kepada semua sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan manifestonya di sini hari ini.

Manifesto Kui Hian itu menyusul selepas Pengerusi GPS , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam melancarkan manifesto mereka malam tadi yang mengandungi 34 teras yang akan dilaksanakan jika berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12, 18 Disember ini.

Sementara itu, di bawah teras meningkatkan kualiti kehidupan dan infrastruktur pula, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, antara yang dijanjikan ialah penyediaan kompleks pasar mempunyai 400 gerai yang akan memudahkan urusan penduduk setempat.

” Saya juga akan berusaha untuk menyediakan 10 taman rekreasi baharu atau menaik taraf yang sedia ada serta tidak lupa juga penyelenggaraan serta naik taraf sistem perparitan di kawasan perumahan di sini,” katanya.

Ke arah meningkatkan mutu kehidupan dan mendepani ekonomi digital pula, Kui Hian berhasrat untuk mempromosikan Batu Kawah sebagai destinasi agro pelancongan dan eko pelancongan.

” Ini termasuklah meningkatkan kelajuan internet untuk menyokong gaya hidup digital masa kini dan juga perniagaan di samping mengembangkan potensi kawasan ini sebagai pusat rekreasi, sukan dan lokasi penganjuran mesyuarat dan pameran,” katanya.

Menutup manifestonya, beliau turut menyasarkan untuk kebangkitan dan kemakmuran Sarawak dan Batu Kawah 2.0 dengan perancangan untuk menjadikan kawasan ini sebagai bandar satelit kepada bandar raya Kuching.

” Batu Kawah selepas 2025 akan menjadi sebahagian daripada Sarawak yang semakin makmur kesan daripada pindaan Perlembagaan Perjanjian Malaysia 63 (MA63),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan