Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pegawai polis cedera parah kemalangan selesai tugas pantau PRN Ke-12

JULAU, 8 Dis : Seorang pegawai kanan polis cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas di Kusing, Jalan Pakan malam tadi.

Pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) berusia lewat 40-an itu mengalami kecederaan pada kedua-dua belah kaki , tengkuk dan muka.

Dalam kejadian kira – kira pukul 9.15 malam itu, mangsa yang juga Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau sedang dalam perjalanan pulang sejurus tamat tugas pemantauan bagi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan.

” Difahamkan mangsa gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh tajam di kawasan kejadian dan terbabas ke sebelah kanan jalan.

Akibat daripada kejadian itu, mangsa turut patah tulang belakang,” kata sumber polis kepada TVS di sini hari ini.

Pegawai polis berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Pakan sebelum dirujuk ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan (DSP), Andam Sulin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau memberitahu, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan dilakukan namun masih memerlukan pemerhatian lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan