Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SOP PRN-12 Sarawak : Pertandingan akan berjalan dengan baik di Asajaya

ByNur Suhaida Muliyono

ASAJAYA, 7 Dis : Pertarungan empat penjuru di Asajaya dijangka akan berjalan dengan baik tanpa sebarang isu besar kerana ada Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau berharap kesemua parti yang bertanding akan memikul tanggungjawab untuk mematuhi SOP tersebut bagi kelancaran proses pilihan raya.

“Kita berharap para penyokong, tidak kiralah parti apa sekali pun, semuanya menjalankan tanggungjawab mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya), Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai proses penamaan calon bagi kawasan DUN Asajaya pada Isnin.

Abdul Karim akan bersaing dengan tiga pencabarnya, iaitu Ishak Buji daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Mahdeen Saharuddin daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), dan Mahmud Epah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada 2016, penyandang kerusi DUN Asajaya selama empat penggal itu menewaskan pencabar tunggal dari PKR, Abang Junaidi Abang Gom , dengan majoriti 4,078 undi. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan