Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

#PRN12Sarawak: RASMI Dr Simon Sinang hadapi pertandingan lima penjuru di Tebedu

ByDouglas Elliot

TEBEDU, 6 Dis: Calon muka baharu yang ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dr Simon Sinang Bada berdepan pertarungan lima penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Selepas proses penamaan calon hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tebedu, Joseph Liaw mengesahkan empat lagi calon iaitu Senior William Rade (PKR), Johnathan Lantik Ok (PBK) , Raymond Achen (PSB) dan calon bebas , Roland Bangu diterima pencalonan mereka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Simon Sinang ketika ditemui pemberita berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi cabaran sengit pada PRN Ke-12 Sarawak ini.

“Saya tidak memandang rendah mana-mana pencabar dan kami akan bekerja keras bagi memenangi pilihan raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selesai proses penamaan calon DUN berkenaan yang berlangsung di Pejabat Daerah Tebedu.

Beliau berkata dirinya juga telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar yang ditinggalkan oleh bekas penyandang kerusi DUN Tebedu , Datuk Amar Michael Manyin yang turut hadir memberi sokongan bersama Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot.

“Sekiranya diberi mandat, saya akan meneruskan semua rancangan yang telah dirancang oleh beliau untuk kebaikan dan pembangunan rakyat di Tebedu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan