KUCHING, 6 Dis : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini selepas penamaan calon selesai kira – kira pukul 10 pagi tadi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Samariang, Mohamad Faisal Adenan berkata, selepas tempoh penyerahan borang dan bantahan tamat, SPR menerima dan mengesahkan tiga calon layak bertanding pada PRN kali ini.
Katanya, tidak ada calon ditolak kertas pencalonan untuk bertanding.
Mengikut urutan dalam kertas undi pertembungan kali ini melibatkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali manakala PAN diwakili Abang Halil Abang Naili dan Parti SEDAR menampilkan, Datuk Othman Abdillah. -TVS