KUCHING, 6 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menjadi calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan di sini kira – kira pukul 8.25 pagi tadi.
Calon dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) , Mahmud Sabli yang berpakaian baju Melayu berwarna merah pula tiba 20 minit kemudian.
Sementara menunggu tempoh bantahan, dua calon dilihat itu dilihat berbual dan bergambar bersama.
Suasana di pusat penamaan calon di sini juga tenang dan lancar selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan pihak berkuasa. -TVS