GEDONG, 6 Dis : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong sebentar tadi.
Ketibaan Abang Johari kira – kira pukul 8.50 pagi tadi di Dewan Masyarakat Gedong mendapat tepukan gemuruh oleh sekumpulan penyokong GPS yang menunggu beliau sejak awal pagi tadi.
Selepas sembilan kali bertanding di DUN Satok, Abang Johari membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan luar bandar untuk berkhidmat kepada rakyat di situ sebelum bersara. – TVS
.