Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SERIAN, 5 Dis -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika perasmian pembukaan Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja Tiga Lebuhraya Pan Borneo, hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Projek di Sarawak tertangguh selepas kerajaan bertukar tangan 2018 – Abang Johari

ByDouglas Elliot

SERIAN, 5 Dis : Beberapa projek pembangunan untuk rakyat di negeri telah tertangguh selepas pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 2018.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, antara projek yang terkesan ialah pembinaan Jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa Dua dari Pujut ke Lawas.

Ujar Abang Johari, di sebalik ‘dugaan’ yang dihadapi oleh rakyat Sarawak ketika itu, beliau secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi tumpuan kepada negeri ini.

” Ini menggambarkan betapa penting kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembukaan Jajaran Seksyen Serian Pakej Kerja Tiga LPB di sini hari ini yang dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sangat penting untuk pembangunan yang berterusan.

Pada masa sama, Abang Johari menjelaskan, pembinaan LPB merupakan impian bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem dan beliau bertanggungjawab untuk meneruskan legasi berkenaan.

“LPB ini akan sentiasa mengingatkan kita kepada Arwah Tok Nan yang mahukan Sarawak mempunyai highway yang setaraf seperti di Semenanjung antaranya Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) , Lebuhraya Timur Barat dan sebagainya,” katanya. -TVS

Tags: panborneo

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan