Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kestabilan Sarawak di bawah GPS – Perdana Menteri

KUCHING, 4 Dis : Rakyat Sarawak disaran untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memastikan kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana Sarawak yang diterajui oleh gabungan parti-parti tempatan yang stabil dan seterusnya membolehkan pelbagai program kesejahteraan rakyat dilaksanakan.

“Di pihak Kerajaan Persekutuan, kita memberi sokongan kepada pentadbiran kerajaan GPS.

“Saya tidak dapat membayangkan sekiranya Kerajaan Sarawak bertukar tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Meneruskan ucapan, Ismail Sabri menyatakan, Kerajaan Sarawak mempunyai keupayaan mengekalkan kestabilan politik yang baik selain mampu membawa pembangunan yang berterusan demi kepentingan rakyat.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

“Melihat kepada situasi kerajaan bertukar sebelum ini, banyak projek yang diperuntukkan untuk negeri ini dibatalkan yang akhirnya merugikan rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan