Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jambatan Kedua Sungai Yong lengkapkan Jambatan Berkembar Sungai Yong, Kapit

BySteward Dawi

KAPIT, 4 Dis: Pembukaan Jambatan Kedua Sungai Yong dianggap telah melengkapkan Jambatan Berkembar Sungai Yong, Kapit yang telahpun dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.

Menurut Pejabat Wilayah Tengah, Jabatan Kerja Raya (JKR) projek Jambatan Sungai Yong kedua sepanjang 270 meter ini menelan belanja lebih RM12.6 juta dan siap sepenuhnya pada 30 Ogos 2021.

Pembinaan Jambatan Kedua Sungai Yong telah bermula pada 6 September 2019 dan pada asalnya dijangka siap pada 5 Mac tahun ini tetapi siap sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini atas sebab-sebab tertentu.

Jambatan pertama Sungai Yong yang sudah siap sebelum ini bernilai RM10.5 juta dan menjadikan kos pembinaan kedua-dua jambatan ini berjumlah RM23 juta.

Perjalanan dari Jambatan Berkembar Sungai Yong ini ke Bandar Kapit hanya mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Jambatan Sungai Yong, Kapit ini ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamed Awang Nassar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan