Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pendapatan lumayan, belia diseru terlibat dalam sektor agrikomoditi

ByDouglas Elliot

PADAWAN, 4 Dis: Golongan belia digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor memandangkan sektor tersebut mampu menjana pendapatan lumayan bagi mereka yang   melibatkan diri secara aktif dalam sektor ini.

Menurut Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin, sektor agrikomoditi juga mempunyai potensi tinggi untuk berkembang.

“Ramai yang menganggap pekerjaan di sektor agrikomoditi terutamanya di sektor perladangan sebagai pekerjaan kelas bawahan yang sukar, kotor dan bahaya.

“Hakikatnya, sektor ini berupaya menjana pendapatan yang lumayan dan berpotensi tinggi untuk terus berkembang jauh,” katanya dalam ucapan beliau sempena program Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia 2021 ketiga di Kampung Annah Rais hari ini.

Ujarnya, selain industri huluan golongan belia juga boleh menceburi industri hiliran dalam sektor agrikomoditi seperti pembuatan tayar dan bahan-bahan getah yang turut menyokong sektor ini.

“Saya melihat industri hiliran ini boleh diperkembangkan sebab itulah kita mengadakan program ini untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang-peluang bukan sahaja di peringkat huluan tetapi di peringkat pertengahan dan hiliran,” katanya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo itu juga menjelaskan bahawa kementeriannya telah melaksanakan program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) bagi membantu pekebun kecil, pengusaha ladang dan peniaga getah melalui penubuhan koperasi.

“Selain membeli getah sekerap terus dari pekebun kecil dan peladang getah, koperasi ini juga akan membekalkan input-input pertanian dengan harga yang rendah kepada mereka,” kata Mongin.

Program ini dijangka mampu menyumbang kepada pendapatan pekebun kecil melalui harga jualan yang tunggu, di samping perolehan dividen tahunan keuntungan jualan getah krip.

Terdahulu, seramai 300 pekebun kecil setempat menghadiri taklimat mengenai peluang serta potensi dalam subsektor sawit, gerak, koko dan lada. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan