Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

5,522 anggota PDRM bertugas sepanjang tempoh PRN Sarawak

KUCHING, 3 Dis — Sebanyak 5,522 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertugas pada hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak turut mewujudkan 47 pasukan Op Cantas di setiap daerah negeri itu dalam tempoh hari penamaan calon dan berkempen. 

“Pasukan PDRM lain, yang turut berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi hari penamaan calon dan tempoh berkempen ini adalah pasukan ketenteraman awam iaitu Light Strike ForcePublic Order and Riot Unit, Pasukan Pemantauan Udara serta bantuan empat unit dron dari Pasukan Gerakan Udara PDRM Kontinjen Sarawak. 

“PDRM Kontinjen Sarawak menasihati calon dan parti bertanding supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan bagi memastikan proses penamaan calon dan juga proses PRN dalam tempoh berkempen berjalan lancar dan selamat tanpa insiden tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Akta yang akan diguna pakai PDRM ialah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Akta 342 – Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Kanun Keseksaan dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan sejumlah 82 pusat penamaan calon dengan tempoh berkempen bagi kesemua calon berlangsung selama 12 hari bermula 6 Dis selepas proses penamaan calon hingga 11.59 malam, 17 Dis. 

SPR telah menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Dis.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan