Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS tampil 24 muka baharu, lancar tema Utamakan Sarawak

Oleh Daryll Law, Firdaus Ismail, Haris Zainuddin, Nur Shuhaida Muliyono, Febbright James, Zaid Alek

KUCHING, 3 Dis : Laungan Hidup GPS bergema sejurus berakhir Majlis Penyerahan Watikah kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan turun bertempur pada medan Pilihan Raya Negeri (PRN) kE-12 Sarawak ini.

Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, gabungan itu menampilkan 24 muka baharu yang bergandingan dengan muka lama yang berpengalaman untuk menawarkan sebuah kerajaan yang stabil kepada rakyat negeri ini.

Pada sidang media sejurus majlis penyerahan berkenaan yang diadakan secara tertutup, Abang Johari turut mengesahkan beliau ‘berpindah’ ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu pada PRN Ke-12 ini iaitu Gedong.

” Saya percaya barisan calon ini yang merupakan kombinasi mereka yang berpengalaman dan juga boleh melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan masing – masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Begitupun, senarai calon GPS yang membawa cabaran kali ini tidak didedahkan kepada media sebaliknya kesemua yang terpilih menyertai sidang media Abang Johari.

Ditanya kemampuan calon – calon yang ditampilkan kali ini, Abang Johari menegaskan kesemua yang dipilih sudah ditapis bagi menunaikan tanggungjawab berat kepada rakyat negeri ini.

” Politik Sarawak adalah memperjuangkan masyarakat berbilang kaum, agama, budaya dan keturunan.

“Keduanya, hanya orang Sarawak sahaja yang memahami landskap politik Sarawak dan inilah tema dibawa GPS iaitu Utamakan Sarawak,” katanya.

Secara bergurau, Abang Johari berkata, dia ‘hilang pengiraan’ ketika ditanya media berhubung calon baharu.

Seperti edisi PRN Ke-11, GPS akan menampilkan calon di kesemua 82 kerusi DUN kali ini dengan sasaran untuk menang lebih banyak kerusi berbanding prestasi amat baik apabila menang 72 kerusi pada 2016.

Sementara itu, Bendahari GPS, Datuk Ibrahim Baki mengesahkan kepada TVS beliau akan bertanding di DUN Satok iaitu menggantikan Abang Johari yang telah membina reputasi di situ selama sembilan penggal.

Ibrahim berkata, beliau sedar tanggungjawab besar yang bakal dipikul di DUN itu terutamanya membabitkan segmen pengundi.

” Di Satok banyak orang luar tetapi saya yakin untuk turun bertanding dan mengekalkan kerusi itu kepada GPS,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan